Fees & refunds  —  what happens to money once it is paid, in English and Bahasa Malaysia.
Policy  ·  RefundsRefund Policy · Dasar Bayaran BalikLast updated 21 August 2026
Home / Refund policy
Fees & refunds

Fees are non-refundable.

Said once, at the top, because a policy nobody can find the point of is worse than no policy. The detail — including the few cases this does not cover — is below.

English

Who this applies to

Premium Entrepreneur Consultant Sdn Bhd (1137129-X), trading as Premium Language Centre, of Level 10-1-1, Fahrenheit 88, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia ("PECSB", "we"). This policy applies to every fee paid to us — course fees, registration fees, placement and processing fees, and any amount we collect on your behalf for a third party.

Fees are non-refundable

All fees are non-refundable once paid. This includes registration fees, course and tuition fees, materials and resource fees, placement and processing fees, and deposits.

This applies whether or not you begin the course, whether or not you attend, and whether you withdraw before or after the programme starts. Fees paid for one intake are not transferable to another person.

We state this plainly because it is what you are agreeing to when you pay. If you are unsure whether a programme is right for you, speak to us before paying — we would far rather answer questions first than have this conversation afterwards.

Amounts we collect for someone else

Some amounts we collect are not ours: student pass and visa processing fees paid to Education Malaysia Global Services (EMGS), university application and tuition fees, medical screening charges, and insurance premiums. We pass these on at cost. Once we have forwarded them, they are held by that organisation and are subject to that organisation's own refund rules — not ours. We cannot return money we no longer hold.

We charge these at cost — we add nothing to them. So where we are still holding an amount that has not yet been paid to the third party, and the service it was collected for will not now take place, that amount is returned to you in full. There is nothing of ours inside it to keep.

If your student pass is not approved

Fees for work already carried out on your behalf — counselling, application handling and document preparation — are not refundable, because that work has been done. Neither is any charge we have already paid to a university, EMGS, a clinic or an insurer, because that money is with them and not with us.

Anything we are still holding and have not yet paid out on your behalf is returned to you in full. Contact us as soon as you are notified of the outcome and we will set out exactly what has been spent and what is coming back.

Payments made in error

A duplicate payment, an overpayment, or a payment made to us by mistake is not a fee, and this policy does not apply to it. Tell us as soon as you notice and we will return the amount to its source.

Refunds of this kind are returned by the same method and to the same account the payment came from. We cannot redirect a refund to a different person or account.

Currency and charges

Where a payment was made in a currency other than Malaysian Ringgit, any amount returned is converted at the exchange rate applying on the day of the refund, which will not be the rate on the day you paid. Bank charges, payment-processor fees and foreign exchange differences are not refunded and are not within our control.

Your rights under Malaysian law

Nothing in this policy removes or limits any right you have under the Consumer Protection Act 1999 or any other law of Malaysia. Where the law requires a refund, the law applies regardless of what this policy says.

How to raise a refund request

Write to inquiry@premium.edu.my with your full name, the payment date and amount, the reference number from your receipt, and the reason for the request. You may also call +6016 900 0098.

We acknowledge every request within 5 working days and give a written decision within 14 working days. Where a refund is due, it is paid within 30 days of that decision.

If you are not satisfied with our decision, you may raise it with the Tribunal for Consumer Claims Malaysia (Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia) or the relevant regulator. Our registered address for correspondence is Level 10-1-1, Fahrenheit 88, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.

Bahasa Malaysia

Kepada siapa dasar ini terpakai

Premium Entrepreneur Consultant Sdn Bhd (1137129-X), berniaga sebagai Premium Language Centre, beralamat di Level 10-1-1, Fahrenheit 88, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia ("PECSB", "kami"). Dasar ini terpakai kepada setiap yuran yang dibayar kepada kami — yuran kursus, yuran pendaftaran, yuran penempatan dan pemprosesan, serta apa-apa jumlah yang kami kutip bagi pihak ketiga.

Yuran tidak dikembalikan

Semua yuran tidak boleh dikembalikan setelah dibayar. Ini termasuk yuran pendaftaran, yuran kursus dan pengajian, yuran bahan dan sumber, yuran penempatan dan pemprosesan, serta deposit.

Ini terpakai sama ada anda memulakan kursus atau tidak, sama ada anda hadir atau tidak, dan sama ada anda menarik diri sebelum atau selepas program bermula. Yuran bagi satu pengambilan tidak boleh dipindahkan kepada orang lain.

Kami menyatakannya dengan jelas kerana inilah yang anda persetujui apabila membuat pembayaran. Jika anda tidak pasti sama ada sesuatu program sesuai untuk anda, hubungi kami sebelum membayar.

Jumlah yang kami kutip bagi pihak lain

Sebahagian jumlah yang kami kutip bukan milik kami: yuran pas pelajar dan pemprosesan visa kepada Education Malaysia Global Services (EMGS), yuran permohonan dan pengajian universiti, caj pemeriksaan perubatan, dan premium insurans. Setelah kami menyerahkannya, jumlah tersebut dipegang oleh organisasi berkenaan dan tertakluk kepada peraturan bayaran balik organisasi itu, bukan kami. Kami tidak dapat memulangkan wang yang tidak lagi kami pegang.

Kami mengenakan caj ini pada kos sebenar — kami tidak menambah apa-apa padanya. Oleh itu, jika kami masih memegang jumlah yang belum dibayar kepada pihak ketiga dan perkhidmatan berkenaan tidak akan berlaku, jumlah tersebut dipulangkan kepada anda sepenuhnya. Tiada bahagian milik kami di dalamnya.

Jika pas pelajar anda tidak diluluskan

Yuran bagi kerja yang telah dilaksanakan bagi pihak anda — kaunseling, pengendalian permohonan dan penyediaan dokumen — tidak dikembalikan kerana kerja tersebut telah pun dilakukan. Begitu juga apa-apa caj yang telah kami bayar kepada universiti, EMGS, klinik atau syarikat insurans, kerana wang tersebut berada di pihak mereka dan bukan pada kami.

Apa-apa jumlah yang masih kami pegang dan belum dibayar bagi pihak anda akan dipulangkan sepenuhnya. Hubungi kami sebaik sahaja anda dimaklumkan tentang keputusan tersebut dan kami akan menyatakan dengan tepat apa yang telah dibelanjakan dan apa yang akan dipulangkan.

Pembayaran yang tersilap

Pembayaran berganda, lebihan bayaran, atau bayaran yang dibuat kepada kami secara tersilap bukanlah yuran, dan dasar ini tidak terpakai kepadanya. Maklumkan kepada kami sebaik sahaja anda menyedarinya dan kami akan memulangkan jumlah tersebut kepada sumbernya.

Bayaran balik jenis ini dipulangkan melalui kaedah yang sama dan ke akaun asal pembayaran. Kami tidak boleh memulangkannya kepada orang atau akaun yang berlainan.

Mata wang dan caj

Jika pembayaran dibuat dalam mata wang selain Ringgit Malaysia, jumlah yang dipulangkan ditukar pada kadar pertukaran pada hari bayaran balik dibuat, bukan kadar pada hari anda membayar. Caj bank, yuran pemproses pembayaran dan perbezaan pertukaran asing tidak dikembalikan dan berada di luar kawalan kami.

Hak anda di bawah undang-undang Malaysia

Tiada apa-apa dalam dasar ini yang menghapuskan atau mengehadkan hak anda di bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999 atau mana-mana undang-undang Malaysia yang lain. Jika undang-undang menghendaki bayaran balik, undang-undang terpakai tanpa mengira apa yang dinyatakan dalam dasar ini.

Cara membuat permohonan bayaran balik

Emel kepada inquiry@premium.edu.my dengan nama penuh anda, tarikh dan jumlah pembayaran, nombor rujukan resit, dan sebab permohonan. Anda juga boleh menghubungi +6016 900 0098.

Kami mengakui setiap permohonan dalam tempoh 5 hari bekerja dan memberikan keputusan bertulis dalam tempoh 14 hari bekerja. Jika bayaran balik perlu dibuat, ia dibayar dalam tempoh 30 hari dari keputusan tersebut.

Jika anda tidak berpuas hati dengan keputusan kami, anda boleh membawanya kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia atau pihak berkuasa yang berkaitan.

This policy may be updated from time to time; the date above reflects the current version. The version in force is the one published on this page on the day you pay. Questions before you pay are always welcome — inquiry@premium.edu.my.

WhatsApp